1.  Explain why social work practice has universal objectives when working with clients? 

 

            kerja sosial adalah satu bidang yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri sari segi tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pelbagai pihak yang memerlukan.. Pekerja sosial berusaha untuk berkhidmat kepada individu dan masyarakat dalam menghadapi perkembangan manusia sejagat. Pekerja sosial juga berusaha mengatasi ketidakseimbangan  masyarakat seperti, kemiskinan, penganguran, kecacatan dan banyak lagi. Amalan kerja sosial adalah bersifat universal itu merangkumi pelbagai bidang. Amalan kerja sosial merangkumi nilai profesional, prinsip dan teknik kerja sosial sama ada untuk individu atau  masyarakat. Amalan kerja sosial adalah untuk memudahkan mendapat perkhidmatan yang di dperlukan seperti kaunseling dan psikotrapi degan individu, keluarga dan kumpulan, masyarakat serta memperbaiki, perkhidmatan sosial dan kesihatan serta mengambil bahagian dalam perundangan. Amalan kerja sosial memerlukan pengetahuan tentang perkembangan manusia,tingkah laku manusia, budaya, institusi sosial dan ekonomi,

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

            Menurut Morales dan Sheafor (1998;1) di Amerika Syarikat, kerja sosial wujud pada abad  yang kedua puluh sebagai satu profesion yang penting dalam  masyarakat.Kerja sosial telah berkembang dengan pesat sejajar dengan permintaan kepada kebajikan  manusia dan perkhidmatan sosial. kerja sosial adalah mengutamkan kehendak atau keinginan klien iaitu individu, keluarga,  kumpulan dan  masyarakat. Pekerja sosial lebih megutamakan klien dari diri mereka sewaktu  bekerja. Hal ini adalah untuk memastikan  pekerjaan berjalan lancar dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan

            Menurut Pincus dan Minahan (1973). kerja sosial berkait rapat dengan tindakan di antara manusia dengan persekitaran sosial mereka seterusnya mempengaruhi kepercayaan manusia untuk mencapai tanggungjawab hidup mereka, mengurangkan kesengsaraan serta merealisasikan cita-cita mahupun nilai-nilai mereka. Contoh nya objektif kerja sosial dalam  perubatan.  Kerja sosial perubatana merupakan satu bidang kerja sosial dalam  institusi yang memberikan rawatan  moden  terhadap pelbagai penyakit. Ianya memberikan fokus kepada pesakit termasuk keluarga mereka yang mempunyai masalah  psiko-sosial yang berhubungkait dengan masalah perubatan atau  masalah kesihatan. Perkhidmatan ini bertujuan untuk meningkatkan  kefungsian sosial di kalangan  pesakit dan keluarga mereka ke arah kesejahteraan sosial dan  kesihatan  masyarakat. Selain itu, ia adalah untuk membantu pesakit di dalam bidang  psiko-sosial dan sosio-ekonomi supaya mereka dapat menjadi anggota masyarakat yang  produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit.

 

2. Discuss with examples why social worker needs to understand and intervene according to  the client and their environment, and ensure that the  client’s needs and expectation is fulfilled.

 

            Kerja sosial adalah satu pekerjaan yang berorentasikan terhadap perubahan. Individu yang melaksanakan  tugas sebagai pekerja sosial haruslah memiliki komitmen untuk mejadi agen atau  penyelesai masalah bagi mereka yang menghadapi masalah. Secara umumnya, kerja sosial melibatkan  pemahaman dan campur tangan terhadap sesuatu masalah. Terdapat 2 tahap masaah iaitu mikro dan  makro. Kaitan antara 2 tahap masalah tersebut merupakan nadi untuk melaksanakan  tugas kerja sosial. Oleh itu pekerja sosial ditutut untuk mamahami sesuatu masalah terlebih dahulu sebelum melakukan campur tangan sama ada masalah individu, keluarga, kumpulan dan masyarakat. Selain itu, pekerja sosial  juga perlu memiliki pemahaman keadaan  sekeliling pelanggan. Pekerja sosial juga perlu memiliki pemahaman mengenai kaedah atau strategi untuk menyelesaikan masalah bagi memenuhi kehendak klien.

            Pemahaman pekerja sosial dalam  sesuatu  masalah sama ada masalah mikro atau makro amat diperlukan. Jika masalah tersebut datang dari individu, pekerja sosial perlu memahami karekter, latar belakang dan keaadaan sekeliling  klien. Hal ini adalah untuk mengenalpasti punca dan kaedah mengatasi masalah yang sesuai     mengikut situasi klien. Contohnya seperti, kes penderaan  terhadap kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu kandungnya. Bagi mengatasi masalah tersebut, pekerja sosial haruslah menyelidik latar belakang individu, keluarga dan persekitaran mereka. Hal ini adalah untuk memastikan punca kes tersebut berlaku dan cara untuk mengatasinya. Untuk menyelesikan masalah tersebut, pekerja sosial haruslah mematuhi dan melaksanakan amalan  sosial yang bersesuaian dengan kes tersebut. Antara amalan sosial yang boleh digunakan dalam  kes sedemikian ialah  prinsip “Acceptance”. Prinsip penerimaan  ini merujuk kepada cara layanan dan  rawatan pekerja sosial terhadap klien mereka. Dalam  hal ini, pekerja sosial haruslah  melaksanakan  kedua-dua konsep iaitu layanan dan rawatan berteraskan aspek kemanusiaan dalam melakukan sesuatu pertimbangan. Rentetan itu, sebagai pekerja sosial kepada seseorang klien yang bermasalah, tahap kesabaran yang baik adalah dituntut dalam menerima, mendengar serta mengamati segala masalah yang diluahkan  klien. Disamping  itu, kesabaran pekerja sosial haruslah seirama dengan  rasa hormat terhadap klien. Selain itu, pekerja sosial haruslah menerima pandangan klien sebagai bukti bahawa pekerja sosial memahami perspektif klien dari pelbagai aspek. Degan menggunakan amalan kerja tersebut, klien akan merasa dirinya diterima dan mewujudkan  kesinambungan kepada pekerja sosial untuk membantu   klien dalam membentuk kekuatan diri sekaligus dapat megetahui kendendak klien.

            Pekerja sosial harusalah amanah dalam  menjalankan tugas agar  klien dapat memberi kerjasama kepada kerja sosial.oleh itu, dengan mengamalkan  prinsip amalan kerja “Confidentiatily”. Prinsip ini adalah tertumpu  kepada konsep memegang rahsia klien. Realitinya bagi menyempurnakan tugas sebagai pekerja sosial, klien perlulah meluahkan segala maklumat yang bersifat personal dan  ini sudah menjadi tanggungjawab kepada pekerja sosial untuk menjaga atau  memegang rahsia (maklumat klien) agar kepercayaan antara satu sama lain masih kukuh sekali gus melicinkan tugas pekerja sosial. Namun delima boleh wujud dalam  melaksanakan tanggungjawab ini jika terdapat campurtangan  suatu agensi polisi atau perundangan negeri ingin mendapatkan maklumat mengenai kliennya.

            Memenuhi kendak klien adalah tujuan pekerja sosial. Hal ini bersesuaian dangan pekerja sosial iaitu memenuhi kehendak individu, keluarga, kelompok dan masyarakat.  Jika pekerja sosial ingin memenuhi kehendak kilen, pekerja haruslah myingkirkan dan  memisahkan perasaan sendiri dengan kerja. “Accountability” , Memisahkan perasaan sendiri (personal feeling). Dalam perspektif ini, pekerja sosial tidak seharusnya mencampur adukan perasaan sendiri atas alasan  klien adalah  keluarga angkat atau seumpamanya tetapi pekerja sosial mesti mengelakkan diri dari terjebak menimbulkan perasaan yang  tidak  tehadap klien. Ini memandu pekerja sosial merealisasikan matlamat intervensi dalam  profesion kerja sosial. Hal ini adalah untuk memastikan  matlamat  intervensi dapat dicapai di samping menjaga profesionaliti profesion dalam kerja sosial. Sebagai contoh  kes, jika seorang pekerja sosial lelaki, dan kliennya adalah perempuan, pekerja sosial tersebut tidak boleh sama sekali bercinta dengan kliennya kerana hal ini akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Misalnya, pekerja sosial tersebut tidak boleh memberi perhatian yang lebih kepada klien lain khususnya klien wanita kerana kekasihnya akan cemburu. Selain itu, proses menolong tidak akan berjalan dengan lancar kerana lebih banyak soal hati dan perasaan yang terlibat dalam situasi ini.

 

 

 

Rujukan

1.      Morales, Armando T. and Sheafor, Bradford W.(1995) Social Work : A Profesion of Many Face.RSBN : 7, Allyn and Bacon, A Simon and Schuster Company

2.      Siti Hajar Abu Bakar Ah. 2006. Kebajikan Sosial: Aplikasi dalam Perkhidmatan Manusia: Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

3.      Pincus, A. and Minahan, A. (1973). Social work practice: model Method. Madison :

University of Wisconsin.