a.         Program Transformasi 15 to 5 Armada TLDM. TLDM mengambil pendekatan
pada dalam melaksanakan program Transformasi 15 to 5 Armada TLDM bagi memastikan
keupayaan  Armada TLDM lebih efektif.
Tranformasi ini membolehkan TLDM memiliki armada gagah dan berkeupayaan Untuk terus
berdaya tahan serta efektif dari segi kes penyelenggaraan. Penyusunan semula aset
Armada TLDM daripada 15 kelas kapal kepada 5 kelas kapal member penjimatan kos operasi
yang tinggi disamping mengurangkan kebergantungan TLDM kepada Negara luar serta
memarcu kearah pengurusan logistik yang lebih baik dan efisien.   Bincangkan cabaran, impak dan kesan tranformasi
ini secara keseluruhannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seiring dengan peredaran masa
dan zaman, TLDM telah menstrukturkan program Tranformasi Armada 15 to 5 dengan
mengurangkan kelas kapal daripada 15 ke 5. Program ini bertujuan memantapkan
serta menguatkan pangkalan – pangkalan TLDM dinegara kita ini dengan aset –
aset kapal yang baru serta canggih dengan peperangan empat deminsi. Diantara
kapal – kapal baru yang diletakkan di armada TLDM ialah kapal kelas LCS (
Littoral Combat Ship ), kapal kelas NGPV ( New Generation Patrol Vessel ), kapal
kelas LMS ( Littoral Mission Ship ), kelas MRSS ( Multi – Role Support Ship )
dan  kapal selam.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

            Kewujudan transformasi ini akan memberi peluang sinar
baru dari segi peluang pekerjaan kepada anak – anak tempatan dalam pembuatan
kapal, mempengaruhi perubahan pembangunan infrastruktur setempat dan menjana
ekonomi setempat khasnya ekonomi negara seiring dengan visi TLDM ke arah World Class Navy. Tranformasi ini juga
memberi memberi semangat inspirasi kepada anggota TLDM itu sendiri dari segi
kenaikan pangkat dan jawatan anggota di dalam perkhidmatan TLDM.  Kewujudan Armada Timur dan Barat bukan dari shaja
segi kapal – kapal yang akan berubah wajah baru dan diganti dengan aset – aset
moden dan canggih malahan struktur bangunan pertadbiran juga akan turut berubah
dan bertambah ianya bagi dari segi semua pihak.

            Perolehan aset – aset baru ini akan dilakukan secara berperingkat
dengan bergantung pada dana dan kewangan negara.  Program Tranformasi 15 to 5 ini wajar
dilaksana demi menjaga perairan negara ibu pertiwi kita ini dari diceroboh oleh
anasir – anasir yang mengugat perairan negara dari segi lanun, penyeludupan
dadah senjata api, kemasukan pendatang tanpa izin dan perluasan sempadan
negara.

            Program Tranformasi ini juga menunjukkan pertahanan
perairan nagara kita kuat dengan perolehan aset – aset kapal yang baru, dimana
kapal – kapal yang ada sudah menjangkau usia 30 tahun lebih dalam perkhidmatan
ianya tidak lagi efisyen untuk digunakan serta dibaik pulih dimana kos
senggaraaannya melibatkan kos yang tinggi. 
Pengurusan yang baik adalah penting di dalam memacu kecemerlangan di
dalam perkhidmatan dan organisasi yang melibatkan pengurusan belanjawan,
pengurusan, perolehan, pengurusan pembayaran, pengurusan penerimaan hasil,
pengurusan aset dan pengurusan akaun. Pengurusan perbelanjaan yang berhemah dan
efisyen dalam sesebuah organisasi tersebut berjalan dengan lancar.

             Sesebuah kapal
perang itu bukan hanya merupakan karya seni seseorang arkitek yang menjadi
kebanggaan pada zamannya tetapi juga mestilah dapat berfungsi dengan berkesan
dan mampu disenggarakan. Keberkesanan sesebuah kapal haruslah dinilai menerusi
keupayaaan aktiviti yang kekal dan mengekalkan keselesaan dalam operasi
menerusi pengendalian anak – anak kapalyang mahir dan terlatih. Pengekalan
keberkesanan dalam jangka waktu panjang mempunyai implikasi kos yang perlu
pertimbangan awal. Penyelenggaraan kapal merupakan satu-satunya rutin
pengekalan keberkesanan kapal yang mula mendapat perhatian yang serius di dalam
TLDM. Kapal – kapal yang baru dan canggih ini memerlukan senggaraan yang cekap
dan berterusan. Kos senggaraan kapal lazimnya merangkumi kos untuk membaiki
kerosakan elemen struktur kapal dan peralatan mekanikal serta elektrikal.  Kebanyakan kapal yang moden menerapkan hampir
90 % kawalannya menerusi kawalan aktif yang melibatkan tenaga elektrik untuk
berfungsi. Hal ini terbukti apabila hampir kesemua kapal ini menggunakan alat
penghawa dingin untuk mengawal persekitaraan dalaman, lampu – lampu untuk
pencahayaan dan peralataan – peralatan berkomputer untuk menjalankan operasinyaoleh
itu wajarlah Transformasi 15 to 5 ini dalam langkah penjimatan kos tenaga
menerusi berbagai – bagai kaedah yang pada akhirnya akan membantu menurunkan
kos operasi dan penyelenggaraan kapal di mana ianya dibuat di dalam negara.

Aspek penjimatan
tenaga manusia, senggaraan, latihan industri pertahanan salah satu kompenan
penyelenggaraan kapal sebahagian besarnya berakar umbi dalam asas rekabentuk
kapal. Pemahaman asas rekabentuk yang sensitif kepada aspek – aspek
keberkesanan untuk beroperasi di lautan. Bahan serta teknologi yang tepat
bukannya setakat menciplak tanpa penelitian namun ia juga dapat mengundang
kepada masalah dalam pengoperasian kapal. Pengoperasian kapal sebenarnya
sebahagian daripada gambaran kejayaan dan keunggulan buah fikiran pihak atasan
TLDM.

Cabaran utama program
transformasi 15 ke 5 adalah memastikan faktor kritikalnya iaitu setiap anggota Navy Peopledapat melaksanakan segala
fungsi dan strategi organisasi dengan cemerlang. Dalam hal ini cabaran –
cabaran yang dikenalpasti dalam pengurusan perkhidmatan TLDM adalah antaranya
pemikiran kakitangan perlu berubah sejajar dengan perubahan program Tranformasi
15 ke 5. Oleh itu, pemikiran anggota tidak hanya bekerja untuk makan gaji
sahaja tetapi berkhidmat untuk menjaga perairan negara. Melaksanakan pengurusan
aset kapal sebagai organisasi yang cemerlang seharusnya menjadi cabaran kepada
setiap anggota memandangkan pengurusan setiap aset – aset yang baru adalah denyut
nadi dan jantung perkhidmatan tentera maka pemikiran setiap anggota perlu
berubah selaras dengan pelan Transformasi 15 ke 5 yang akan berlaku di dalam
TLDM. Semua anggota hendaklah menyedari dan faham kerja adalah satu ibadat
selain dapat memperolehi pahala keberkatan dalan hidup.

Selain itu, cabaran
lain iaitu teknologi bukan sahaja telah menghasilkan cara baru dalam menjalankan
tugas dan menyampaikan perkhidmatan tetapi juga menambah kompleksiti operasi
dan cara bekerja. Ini menuntut fungsi yang pelbagai seterusnya turut menuntut
kepelbagaian bakat dan kemahiran yang luas. Oleh itu kursus- kursus dan
kemahiran perlu dikaji semula bagi manjayakan prestasi kerja yang berkualiti.

Pengurusan sumber
manusia juga perlu mempertingkatkan keupayaan kompetensi untuk menjalankan
pelbagai tanggungjawab seiring dengan program transformasi untuk menyeliakan
pelapis – pelapis kepimpinan melalui program pembangunan kepimpinan dan
perancangan penggantian anggota yang tamat perkhidmatan. Cabaran juga ialah
untuk melahirkan pemimpin dan anggota bawahan memiliki ciri – ciri tranformasi yang
boleh menjadi idola, mendapat kepercayaan, penghormatan dan keyakinan dalam
memperlihatkan tingkah laku yang utuh. Selain itu juga, Navy People perlu mempunyai kebolehan dalam mengendalikan aset –
aset kapal pada masa hadapan dan merancang untuk mencapainya bagi mencetuskan
ransangan intelektual, inovasi dan kreativiti yang berterusan kepada anggota untuk
manjana potensi sebenar mereka.

TLDM juga perlu mempertingkatkan
sistem penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi keperluan tinggi daripada anggota
bagi memperkemaskan prosesdan prosedur kerja secara berterusan untuk
mengurangkan karenah birokrasi dan kelewatan melaksanakan tugas.Cabaran
teknologi yang pesat, globalisasi, perubahan aset senjata moden dan kapal
perang memerlukan perolehan dari aspek pengurusan dan pentadbiran dalam
organisasi dengan merubah cara bekerja dan penyampaian sistem perkhidmatan. Ini
akan memberi kesan kepada transformasi dan kecemerlangan. Sehubungan itu
organisasi perlu menyesuaikan fungsi yang dilaksanakan supaya lebih cekap dan
berkesan. Teknologi maklumat bukan sahaja tidak mengubah sistem penyampaian
maklumat dengan pantas malah dengan lebih tepat.

            Sepanjang sejarah pembangunan aset – aset pertahanan
TLDM, bermula dengan era Dasar Ekonomi baru 1971 hingga 1910, TLDM melangkah ke
era wawasan 2020 ( 1991 – 2020 ). Kini TLDM perlu bersedia menghadapi 30 tahun
yang akan datang dimana TLDM akan jauh berbeza dari sekarang pada tahun 2050.
Tranformasi 15 ke 5 adalah satu usaha untuk membentuk masa hadapan aset – aset
kapal perang dalam TLDM yang akan menggantikan kapal – kapal lama. Penubuhan
Markas Pemerintahan Armada Barat dan Markas Pemerintahan Armada Timur
mengukuhkan aset pertahanan perairan di persisiran laut di Semenanjung, Sabah
dan Sarawak. Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga TLDM itu
sendiri untuk memainkan peranan. Marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta
menetapkan matlamat bersama ke arah program Tranformasi 15 ke 5. Bersama kita
satukan minda dan harapan untuk mengendalikanpengurusan kapal – kapal baru yang
akan berada di dalam armada – armada TLDM.

Program tranformasi
ini juga memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan menceburi bidang
ketenteraan dari kalangan bumiputera dan bukan bumiputerayang akan diserap
masuk ke dalam perkhidmatan TLDM , dengan syarat – syarat yang ditetapkan oleh
Angkatan Tentera Malaysia. Sudah sedia maklum kebanyakan pangkalan TLDM
biasanya terletak dikawasan tanjung dan tepian laut, pada mulanya kawasan
tersebut tidak begitu membangun dari segi infastrukturnya namun dengan adanya
pangkalan TLDM di kawasan tersebut, menampakkan pembangunan yang pesat
dikawasan setempat contohnya pangkalan TLDM Teluk Sepanggar Kota Kinabalu
dahulunya kawasan ini tidak membangun sepertimana  hari ini kawasan tersebut telah berubah dan
menjadi tumpuan. Ditambah dengan pelan Tranformasi ini maka lagi besar kesannya
ke arah pembangunan infrastruktur setempat, dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan
kepada penduduk setempat.

            Tranformasi ini juga banyak memberi impak terutama kepada
anggota TLDM sendiri di mana  struktur
bangunan, penempatan, tempat kerja akan di bina dan di tambah baik bagi memberi
keselesaan anggota untuk membuat kerja. Diharap anggota boleh berkhidmat dengan
lebih beretika dan penuh intergiti. Tidak dinafikan  hidup sebagai anggota tentera laut yang selalu
meninggalkan anak dan isteri apabila kapal keluar beroperasi namun keselesaan
rumah kelamin yang diberikan dengan kemudahan yang sedia ada di dalam pengkalan
tidaklah merisaukan bagi anggota yang keluar beroperasi. Segala kerosakan-kerosakan
yang dialami dapat di banteras dan di atasi dengan segera supaya ianya dapat
beroperasi semula dan tidak menambahkan lagi kerosakan apabila setiap kerosakan
dibiarkan lama untuk dibaiki. Maka wajarlah penubuhan jawatankuasa pemeriksaan kesiagaan
fasilitas dan prasana diwujudkan seiring dengan pelan tranformasi ini.

               Hakikat
mempertahankan perairan negara bagi warga TLDM adalah segala upaya pertahanan
bersifat semesta yang penyelenggaraanya didasarkan pada kesedaran atas hak dan
kewajiban warga TLDM serta keyakinan pada kekuataan sendiri. Dasar pertahanan
negara disusun berdasarkan prinsip demokrasi, hak asasi manusia, kesejahteraan
umum, lingkungan hidup, ketentuan hukum nasional dan prinsip hidup berdampingan
secara damai dengan memperhatikan keadaan geografi Malaysia sebagai negara
kepulauan dalam konteks wawasan nusantara.

 

 

 

Rujukan:

1. Wira Arjuna Malaysia TLDM
Program Tranformasi 15 to 5.

2. www. SinarHarian. com.
My. 11 Mac 2016. TLDM susunsemula armada supayalebihkosefektif.

3. Penilaianmotivasi di
kalangananggotatenteradarat. Kajianeprints.UTHM.Edu.my.

4.  Portal rasmiMarkas ATM etikakerja www.
Mafhq.mil. my.